Pages

Friday 11 October 2013

PENGENALAN
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, 
sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford 
serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu;
1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.
Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. 
Penerangan di bawah memberikan sedikit gambaran.
 HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)
Bil. Komponen CoRT 1
01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)
Tujuan Berfikir :
Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah & Langkah :
P : senaraikan semua yang baik.
M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.
Bil. Komponen CoRT 1
02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)
Tujuan Berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?
Bil. Komponen CoRT 1
03. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
- Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.
Bil. Komponen CoRT 1
04. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)
Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
Cognitive Research Trust 1 (CoRT 1)

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses 
berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan atau untuk menyelesaikan masalah. 
Alat-alat tersebut ialah:
1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Intereting (PMI)]
B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
M - MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus   tetapi menarik tentang
      sesuatu idea.

Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir 
tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]
Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, 
keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. 
Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk 
masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor 
yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.

3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]
Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai 
atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, 
yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan 
perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S 
sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan - kesan lain akibat rancangan kita itu, 
iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.

4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]
Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau
kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. 
Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, 
ini memudahkan kita untuk mencapainya. 

5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]
Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, 
timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. 
Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain
kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.

6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APD)]
Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa 
seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari 
pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat 
melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. 
Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yangtelah dibincangkan sebelum ini.

7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap 
sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan 
oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalamsesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. 
Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, 
cuma pendapatnya kadang kala berbeza.
2. Tujuan 
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar: 
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit 

Imej semangat belajar






Tuesday 1 October 2013

Konsep pemikiran kritis

http://eemoticons.net
Konsep Pemikiran Kritis

Definisi 

Pemikiran kritis dapat dilihat sudut pengertiannya dari segi bahasa dan istilah. Frasa ‘pemikiran kritis’ adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu ‘pemikiran’ dan juga ‘kritis’. Mudah untuk mentafsirkan maksud ‘pemikiran’ iaitu merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, serta membuat keputusan. 

Dari sudut bahasa perkataan kritis berasal daripada perkataan Inggeris ‘ Critic’. Namun begitu kata dasar ‘kritis’ merupakan perkataan Greek ‘Kriths’ ( kritikos) yang bermaksud menimbang (judge). Menimbang pula membawa maksud menilai (evaluates), membezakan (distinguishes), memutuskan (decide) dan menyoal (question) sama ada sesuatu itu benar atau salah.[1]
 Dalam Kamus Dewan (1984) pula, perkataan ‘kritis’ ditakrifkan sebagai “tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu malahan menimbangkan buruk dan baiknya terlebih dahulu”. 

Pemikiran kritis dari sudut istilahnya membawa pengertian sebagai ikhtiar dan daya intelektual dan moral untuk membangun, mempertajam dan memperhalusi serta mengembangkan sesuatu bidang ilmu tersebut. Disamping itu, pemikiran kritis juga boleh ditakrifkan sebagai pemikiran reflektif yang berusaha untuk memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu maklumat. Ia juga turut menekankan tentang soal fakta yang benar ataupun salah, soal bahasa yang mana jelas atau kurang jelas dan terutama sekali soal susunan hujah sama ada sah atau sebaliknya bagi sesuatu perkara.
 

Selain itu, pemikiran kritis dalam erti kata lain boleh ditakrifkan oleh Nik Azis sebagai “pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisa isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat masalah daripada berbagai- bagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat mencetuskan pelbagai krisis baru”.[2]
 

Setiap ahli sarjana sains pemikiran meletakkan pengertian terhadap frasa ‘pemikiran kritis’ kepada pelbagai maksud berasaskan kepada pengalaman dan hasil kajian mereka. Antara definisi yang telah diletakkan adalah seperti “...berfikir secara serius (mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya”,[3]
 merupakan definisi yang diletakkan oleh Dewey pada tahun1993. Selain itu, Som dan Mohd Dahalan pada tahun 1999 telah mentakrifkan pemikiran kritis sebagai “kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah”.[4] 

Ciri-Ciri Pemikiran Kritis
 

Pemikiran kritis mempunyai beberapa elemen iaitu elemen pemikiran yang bersifat konsisten, logikal, analisis, penilaian, kritikal dan tidak berat sebelah. Ciri-ciri pemikiran kritis ini adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Andaikata bersifat konsisiten maka akan mempunyai kaitan dengan ciri pemikiran berbentuk logikal dan sebagainya. Hal ini dibincangkan lebih lanjut dalam menceritakan mengenai budaya berfikir kritis Saidina Abu Bakar As-Siddiq dalam perbincangan selanjutnya.
 

Elemen pemikiran kritis bersifat konsisten bererti bahawa pemikiran yang dibuat adalah tetap dan tidak berubah. Setelah membuat keputusan tentang sesuatu perkara, maka ia tidak akan berganjak daripada keputusan tersebut. Namu begitu, ia mesti bersesuaian dengan prinsip benar kerana benar dan salah kerana salah.[5]
 

Kedua, pemikiran kritis bersifat logikal yang boleh difahami bahawa logik akan menentukan sama ada sesuatu itu benar atau tidak dan ia bersandarkan kepada hujah akal. Ketiga, pemikiran kritis bersifat analisis yang bererti memberi perhatian terhadap unsur, elemen, bahan, perkara satu persatu dan bertujuan menghurai dan meneliti satu persatu sesuatu perkara itu.
 

Sekiranya diperhatikan, pemikiran kritis yang bersifat penilaian penting dalam membantu individu membuat keputusan secara bijak dalam sesuatu perkara. Tanpa cirri pemikiran kritis seumpama ini maka seseorang tidak dapat membuat keputusan dengan bijak dan tepat.
 

Selain itu, pemikiran kritis bersifat kritikal boleh difahami sebagai menimbang yang membawa maksud menilai, membezakan, memutuskan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah. Elemen pemikiran ini adalah penting dalam kemahiran pemikiran kritis.
 

Akhir sekali, pemikiran kritis juga bersifat tidak bias atau tidak berat sebelah. Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam meletakkan sesuatu keputusan. Bersifat neutral dan tidak berat sebelah membolehkan ia rasional dan waras dalam membuat justifikasi sesuatu perkara. Keenam-enam ciri atau elemen pemikiran kritis ini telah diterapkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dalam kepimpinannya ketika beliau menjadi khalifah umat Islam pertama selepas kewafatan Rasululllah s.a.w. Hal ini boleh diperhatikan dalam perbincangan selanjutnya mengenai pemikiran kritis Abu Bakar As-Siddiq yang menjadi tajuk utama perbincangan.
 

Tujuan dan Kepentingan Pemikiran Kritis

Bidang pemikiran kritis bertujuan mengajarkan kaedah-kaedah pemikiran yang digunakan untuk berhujah secara lebih berkesan. Hal ini bermaksud bahawa yang penting bukan pada aspek psikologi pemikiran. Psikologi mengkaji cara pemikiran yang sebetulnya digunakan oleh manusia.
 

Pemikiran kritis menumpukan perhatian kepada kaedah-kaedah yang seharusnya digunakan oleh manusia untuk berfikir secara berkesan. Aspek yang diutamakan dalam bidang pemikiran kritis ialah penghujahan, iaitu cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat.
 

Pemikiran kritis adalah amat penting dalam kehidupan seharian baik kepada petani, penjaja, guru, jurutera, pensyarah, ahli korporat mahupun sebagai seorang pelajar.[6]
 Budaya berfikir secara kritis perlu dititikberatkan dalam konteks kehidupan seharian dalam segala situasi dan keadaan sekalipun yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup. 

Bukan semua perkara yang dinyatakan adalah benar dan adil. Adakalanya perkara yang dinyatakan adalah tidak benar, dipalsukan dan diselewengkan. Oleh itu, tidak boleh menerima sesuatu perkara itu secara keseluruhan malahan perlu kepada penilaian secara kritis. Daya pemikiran memerlukan ketajaman dan kepersisan berfikir. Segala pengaruh negatif dapat melumpuhkan pemikiran individu.
 

Oleh yang demikian, pemikiran kritis amat penting sama ada dalam hal yang kecil mahupun besar. Hal ini kerana berkemungkinan hal yang kecil itu memberi kesannya sangat besar kepada masa depan dalam kehidupan individu. Oleh itu, pemikiran kritis perlu dalam kehidupan seharian.
 


Tuesday 17 September 2013

Kemahiran mmbaca, mencatat nota dan mengingat

http://eemoticons.net
  • KEMAHIRAN BELAJAR
  • Kemahiran Membaca
  • Kemahiran Mencatat Nota
  • Kemahiran Mengingat


·        KEMAHIRAN BELAJAR



·         KEMAHIRAN MEMBACA



  • Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:


  • Membaca secara BERHATI-HATI
  • Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
  • Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
  • Elakkan gangguan radio dan televisyen


  • Membaca secara MENYELURUH
  • Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
  • Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
  • Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.


  • Membaca secara BERULANG-ULANG
  • Bacaan  berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
  • Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
  • Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.


  • Membaca dalam SUASANA yang SELESA  
  • Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
  • Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
  • Udara sekitar mestilah mencukupi
  • Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.


  • Berasa dalam KEADAAN selesa
  • Duduk dengan betul
  • Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
  • Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.


  • Baca secara PERPERINGKAT
  • Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
  • Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
  • Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
  • Gunakan kaedah 1 husband 4 wives





    what

    where
    when
     who
     why
      how



  • Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.


  • CATATKAN isi yang dibaca
  • Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
  • Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.


  • Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
  • Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
  • Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
  • Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
  • Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
  • Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.



·         KEMAHIRAN MENCATAT NOTA



  • Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu asa kemahiran-kemahiran berikut:


  • Kemahiran MENDENGAR
  • Digunakan semasa proses pembelajaran
  • Boleh dilakukan serentak
  • Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.


  • Kemahiran MEMBACA LAJU.
  • Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
  • Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
  • Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.


  • Kemahiran MENULIS
  • Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
  • Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
  • Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
  •  


  • Catatkan KATA KUNCI sahaja.
  • Memilih isi-isi penting sahaja.
  • Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
  • Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.


  • NOTA RINGKAS dan padat
  • Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
  • Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
  • Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
  • Gunakan PERKATAAN sendiri
  • Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
  • Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
  • Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.


  • Faham setiap KATA KUNCI
  • Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
  • Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.


·         KEMAHIRAN MENGINGAT


  • Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:


  • HAFAL isi yang dibaca
  • Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
  • Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”


  • Isi DISUSUN dengan betul
  • Sebutkan isi yang kamu hafal
  • Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.


  • Tentukan perkara yang perlu DIINGAT
  • Pastikan turutan isi betul
  • Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
  • Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.


  • UJI kemampuan daya ingatan
  • Di sini kamu perlu memainkan dua watak
      • Penyoal
      • Penjawab
  • Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
  • Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.


  • Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin
  • Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
  • Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan


  • Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.
  • Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan:
          • Sebelum tidur
          • Selepas tidur
  • Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.

  • Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA
  • Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
  • Pilih lagu yang paling kamu gemari.
  • Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.
  • Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR.
  • Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
  • Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.