PENGENALAN
Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta,
sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford
serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu;
1. CoRT 1 : keluasan persepsi.
2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.
Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1.
Penerangan di bawah memberikan sedikit gambaran.

HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)
(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)
Bil. Komponen CoRT 1
01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)
Tujuan Berfikir :
Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea.
Kaedah & Langkah :
P : senaraikan semua yang baik.
M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.
Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.

02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)
Tujuan Berfikir :
Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting.
Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?

03. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
- Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
- Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
- Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
- Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.

04. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)
Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
Cognitive Research Trust 1 (CoRT 1)
Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses
berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan atau untuk menyelesaikan masalah.
Alat-alat tersebut ialah:
1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Intereting (PMI)]
B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
M - MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang
sesuatu idea.
Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir
tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.
2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]
Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan,
keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita.
Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk
masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor
yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.
3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]
Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai
atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan,
yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan
perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S
sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan - kesan lain akibat rancangan kita itu,
iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.
4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]
Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau
kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai.
Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu,
ini memudahkan kita untuk mencapainya.
5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]
Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO,
timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan.
Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain
kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.
6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APD)]
Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa
seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari
pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat
melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan.
Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yangtelah dibincangkan sebelum ini.
7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap
sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan
oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalamsesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak.
Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain,
cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

2. Tujuan
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit